TEKNIK PEMBIAK-BAKAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN.

 MPU 23052 : SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Pensyarah : Ustazah Nurul Ain Binti Mudreh

 

 

 

 

Ahli Kumpulan:

Hambali Halimin (07DUB20F1019)

Muhammad Zulizzat Bin Rasid (07DUB20F1012)

Mohd Sahril Fikri Bin Bashir Ahmad (07DUB20F1023)

 

 

 

 

TEKNIK PEMBIAKAN BAKA TUMBUHAN DAN HAIWAN


 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, teknologi semakin berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perdagangan, dan sebagainya. Perkembangan ini mengguntungkan sara hidup manusia kerana banyak peluang pekerjaan dan kemudahan yang dapat membantu kehidupan kita didunia ini. Sebagai contoh, manusia dapat menyara hidup mereka dengan pekerjaan dan kemudahan yang telah diberikan oleh pihak atasan. Ini menyebabkan, keberlangsungan hidup kita terjamin daripada berlakunya perkara yang tidak diinginkan berlakunya seperti penggangguran dalam kalangan remaja.

Pelbagai sektor atau bidang yang memerlukan tenaga kerja untuk meningkatkan ekonomi negara dalam bidang tertentu. Pada kali ini, kami hanya memfokuskan kepada bidang atau sektor pertanian sahaja iaitu tentang teknik pembiakan baka tumbuhan dan haiwan.

        Figure 1  : Buah naga yang dihybrid          


      Figure 2:Durian hybrid

     Teknik pembiakan baka tumbuhan adalah kajian sains yang menukar genetik tumbuh-tumbuhan untuk kebaikan dan keperluan makanan manusia. Baka baru tumbuh-tumbuhan di cipta melalui beberapa kaedah saintifik berasaskan kepada ciri-ciri baik yang diperlukan. Penciptaan genetik baru tumbuh-tumbuhan daripada genetik sedia ada yang serupa dijalankan dengan teliti menggunakan beberapa teknik dan teknologi. Aktiviti pembiakbakaan tumbuhan oleh manusia telah dimulakan semenjak 9,000-12,000 tahun dahulu secara berevolusi terutama tanaman makanan

Apabila seseorang itu melakukan aktiviti pertanian, ia akan lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar bertawakal kepada Allah SWT yang berkuasa menghidup dan mematikan. Jika Allah SWT takdirkan sesuatu tanaman itu hidup, tanaman itu akan hidup dan tidak mengecewakan petani. Namun jika Allah menginginkan sebaliknya maka itulah ketetapan takdir Allah SWT terhadap si petani itu.

Pembiak-bakaan tanaman adalah kajian untuk mengubah sifat tanaman agar dapat menghasilkan ciri-ciri tanaman yang diinginkan. Ia digunakan untuk meningkatkan kualiti produk tanaman untuk kegunaan manusia. Tujuan pembiakan tanaman juga adalah untuk menghasilkan baka tanaman yang mempunyai pelbagai sifat unik dan untuk penghasilan produk yang berkualiti untuk kegunaan kepada aktiviti pertanian.


Figure 3 :   kaedah cantuman  anak pokok durian         

  

Figure 4:kaedah cantuman  anak pokok

      Pembiak-bakaan tumbuhan boleh berkembang melalui dua sacara iaitu seksual dan tampang. Pembiakan Secara seksual boleh dilakukan melalui biji benih dan spora. Kebanyakan teknik pembiakan baka tumbuhan banyak digunakan dengan biji benih oleh petani pada generasi moden ini. Oleh itu, biji benih dapat menghasikan baka-baka baharu. Seterusnya, kelebihan biak baka tumbuhan pada biji benih ialah menghasilkan lebih banyak pokok dan tumbuhan baharu. Pembiakan baka tumbuhan secara tampang (vegatatif) ialah seperti tumbuhan membiak melalui keratan dan belahan pokok. Pembiakan baka tumbuhan secara tampang boleh mendapatkan pokok yang seragam. Pokok seragam bermaksud pokok yang bersesuaian dengan spesisnya. Pembiakan baka secara tampang memudahkan proses berbunga atau berbuah. Pokok-pokok yang kurang zat boleh berbunga dengan cepat apabila menggunakan teknik pembiakan baka secara tampang. Kelebihan yang terdapat dalam biak baka tumbuhan melalui secara tampang ialah tumbuhan boleh dibiak sepanjang tahun. Tidak perlu mengikut musim kerana setiap keratan dan belahan pokok dapat dibiak dengan satu masa yang sama. Pembiakan baka tumbuhan, amat penting dalam sektor pertanian. Hal ini demikian kerana,  pembiakan secara vegatif memudahkan proses pembungaan kepada petani pada masa kini. Proses pembungaan dapat mengurangkan lagi penggunaan tenaga fizikal. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk menunggu musim bunga untuk berbuah. Seterusnya, Pembiakan baka tumbuhan seksual amat diperlukan bagi sektor pertanian kerana kos pembelian pada benih tersebut murah dan berkesan.

    Figure 5 : kacukan antara singa dan harimau        


       Figure 6 : Kacukan antara kuda keldai

     Teknik pembiakan baka haiwan dapat memberikan manfaat kepada keselesaan manusia melalui beberapa cara iaitu pertama sekali dengan modifikasi genetik. Cara ini adalah dengan mengekstrak DNA haiwan  lalu DNA tersebut dicampurkan dengan haiwan lain melalui suntikan. Dengan ini, terhasillah genetik yang unik dan akan memberi manfaat kepada manusia kerana dapat menghasilkan kajian yang baharu untuk membuktikan bahawa ini adalah satu kejayaan yang mengguntungkan. Selain itu, kaedah atau cara yang kedua ialah transplantasi embrio. Kaedah ini mengandungi dua proses iaitu in vitro dan in vivo. In vitro adalah kejadian pembuahan yang dilakukan diluar tubuh haiwan contohnya mengambil sel benih sapi jantan dan sel benih sapi betina lalu dilakukan didalam laboratorium dengan menggunakan cawan petri. Ini menyebabkan, kajian yang dibuat ini akan mengguntungkan penternakan jika proses ini berhasil. Kaedah yang terakhir ialah pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Kaedah ini juga memberikan manfaat kepada manusia dengan mencipta formula baharu untuk menunjukkan bahawa akan terjadinya proses pengklonan dalam pembiakan baka haiwan.


Figure 7 : Modifikasi genetic 


Figure 8 : Transfer embrio


 Figure 9 : Pengklonan
                               

      Manusia telah menggunakan 3 cara untuk menambah peningkatan kualiti terhadap haiwan iaitu kaedah modifikasi genetik,transfer embrio dan pengklonan.kaedah yang pertama adalah modifikasi genetik.modifikasi genetik merupakan Kejuruteraan genetik yang dilakukan ke atas tumbuhan atau haiwan dengan mengekstrak DNA dari satu organisma lalu disuntik DNA tersebut ke dalam organisma yang lain demi mendapat sifat yang diingini.manakala kaedah yang kedua adalah transplantasi embrio.Transfer embrio adalah suatu metode buatan dalam perkawinan dengan cara membentuk embrio dari seekor betina induk unggul, yang disebut donor, kemudian dipindahkan dan dicangkokkan ke dalam saluran reproduksi induk betina lainnya dalam spesies yang sama, yang disebut resipien.terdapat dua kaedah proses iaitu in vitro dan in vivo. Produksi embrio in vivo dilakukan dengan cara mengambil atau memanen embrio yang terdapat di dalam uterus (rahim) sapi betina donor (penghasil embrio), yang kemudian dipindahkan pada sapi betina yang lain (betina resipien) atau untuk disimpan dalam keadaan beku.manakala produksi embrio in vitro adalah cara untuk melakukan fertilisasi antara sel benih jantan (spermatozoa) dengan sel benih betina (ovum) dalam laboratorium, sehingga disebut pembuahan terjadi di luar tubuh. Salah satu alat yang digunakan untuk proses ini adalah cawan petri atau tabung khusus.

       kaedah yang terakhir adalah pengklonan.pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya.Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor pengklonan.Walaupun kesemua kaedah diatas merupakan kejayaan para saintis dalam membuat pembiakkan haiwan,Akan tetapi ketiga-tiga kaedah ini adalah adalah haram dalam islam.Hal ini kerana perkara ini bertentangan dengan kejadian asal haiwan dan bertindak di luar percaturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

 Figure 10 : Buah-buahan semakin bertahan dan mempunyai rasa yang lebih lazat


 Figure 11 : Kualiti daging dan susu bertambah

     Teknik pembiakan baka tumbuhan dan haiwan(Setiap perkara dinilai berdasarkan niat) Dari segi islamik terdapat beberapa kaedah fiqh yang dapat dikaitkan dengan teknik pembiakan baka tumbuhan dan haiwan. Pertama sekali ialah setiap perkara dinilai berdasarkan niat (AI-Umur Bi Maqasidiha). Contohnya,dalam teknik pembiakan ini kita harus menilai keberuntungan yang akan diperolehi daripada pembiakan baka tumbuhan dan haiwan ini. Dengan itu, kita akan memperolehi pelbagai genetik tumbuhan untuk kebaikan dan keperluan makanan manusia manakala untuk pembiakan haiwan dapat meningkatkan populasi haiwan. Seterusnya, kita harus memikirkan kebaikan yang akan kita dapat dari teknik ini kepada hidupan manusia dengan menghasilkan pembiakan baka tumbuhan dan haiwan yang menjamin kesihatan dan keselamatan diri. Oleh itu, kita harus melakukan sesuatu perkara itu dengan niat yang betul dan menilai akan kebaikan yang diperolehi.

Figure 12 : Kelihatan pelik   


 Figure 13 : Menjadi cacat atau tidak sempurna

       Kaedah fiqh yang kedua iaitu kesusahan membawa kemudaratan daripada Al-Mashaqqah Tajlibu At-Taisir . Pandangan positif terhadap bioteknologi moden adalah berdasarkan kepada pandangan bahawa Islam secara asasnya tidak menghalang umatnya membangunkan sains dan teknologi atau menolak secara langsung sebarang kemajuan sains dan teknologi moden. Bahkan pada pandangan Prof. Dr. Selamat Hashim iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) Universiti Teknologi Malaysia, penglibatan secara langsung umat Islam dalam bidang bioteknologi moden membuktikan bahawa hubungan harmoni antara Islam dan bioteknologi moden iaitu Islam tidak menghalang umatnya daripada melibatkan diri dalam bidang sains dan teknologi Sebagai sebuah cara hidup yang bersifat progresif, Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya berfikiran terbuka terhadap sesebuah bidang ilmu  dengan syarat mereka memelihara prinsip-prinsip Islam. Para ilmuan Islam juga melihat bioteknologi moden sebagai suatu ilmu fardu kifayah yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Penguasaan ini adalah sangat penting bagi membolehkan negara-negara  Islam mengurangkan kebergantungan dengan negara-negara luar terutamanya negara- negara Barat. Hukum  bagi haiwan dan tumbuhan, pengklonan adalah diHARUSkan dengan syarat ianya mendatangkan keburukan dan mendatangkan kebaikan kepada manusia seluruhnya. Antara kebaikan pengklonan ialah penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar. Oleh yang demikian, kesenangan ini janganlah disalah gunakan kerana kita patut bersyukur dapat merasa kemudahan bioteknologi yang dimana dapat menghasilkan banyak kebaikan di negara kita.


 Figure 14 : Pihak berkuasa memantau dan memeriksa alatan dan bahan yang digunakan

     Akhir sekali,kaedah fiq yang terakhir adalah kemudaratan hendaklahlah dihapuskan daripada Ad-Darar Yuzal. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan..kaedah ini merupakan antara yang penting dalam Teknik pembiakan baka tumbuhan dan haiwan.Hal ini kerana terdapat banyak isu atau kesan daripada penyelidikan tersebut.antaranya adalah makanan modifikasi genetic menyebabkan alergi dan kesan-kesan buruk lain.selain itu,penyeledikan gengetik akan menyebabkan kepupusan sesetengah spesies kerana terganti oleh varieti baru danberkemungkinan sifat tertentu tumbuhan yang diubah genetic terpindah kepada rumput yang menhghasilkan rumput yang tahan penyakit dan pestisid.sekiranya perkara ini tidak diambil peduli atau tidak diatasi,makai ia akan menyebabkan spesies tumbuhan dan haiwan akan pupus dengan cepat.Oleh itu,pihak berkuasa perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan cara memastikan Kawasan,alatan dan bahan yang digunakan oleh penyelidik adalah selamat.pihak berkuasa juga perlulah membuat pantaun terhadap pnyelidikan yang dijalankan bagi memastikan penyelidik tidak menggnakan bahan larangan atau alatan dalam proses penyelidikan.

 


       Kesimpulannya, penggunaan teknik pembiakan baka tumbuhan dengan menukar genetik tumbuh-tumbuhan dan teknik pembiakan baka haiwan iaitu modifikasi genetik (mengekstrak DNA haiwan  lalu DNA tersebut dicampurkan dengan haiwan lain) sudah terang lagi bersuluh adalah untuk kebaikan dan keperluan harian manusia. Tetapi, kita sewajarnya bijak dalam mengaplikasikan teknologi atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Sebagai contoh, mencampurkan genetik jenis haiwan yang berbeza adalah salah disisi agama Islam. Pada masa yang sama perkara ini juga mempunyai kekurangan. Walaubagaimanapun, ianya tetap menjadi sesuatu pencapaian dalam ilmu sians kerana dengan cara itu kita akan dapat mengatasi pelbagai masalah yang berlaku di negara kita. Namun sebagai hamba Allah, kita kena beringat kita tidak boleh mengubah ciptaanNya tanpa beringat untuk megubah ciptaan allah melebihi batas. Oleh itu, kajiaan sains tidak mempunyai batasnya tetapi harus menitikberatkan syariat Islam dimana kita tidak boleh menggubah untuk menghasilkan sesuatu yang memudaratkan dan melanggar batas dari mna segi yang telah ditetapkkan oleh Allah swt dalam Al-Quran. Dalam hal ini, adalah wajar golongan remaja mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka merupakan tonggak negara pada masa hadapan untuk berfikir dengan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukan sesuatu perkara.

 

        Seperti yang kita sedia maklum, Islam itu adalah menyeluruh tidak ada yang kurang tidak ada yang lebih kerana Allah itu pencipta yang Maha Mengetahui dan Maha berkuasa serta bersifat sempurna sama seperti Islam yang bersifat sempurna. Setiap perkara ada peraturan serta panduannya yang betul dan Islamlah agama yang mengajarkannya.

 

 

 

RUJUKAN:

1. https://www.slideshare.net/ain_yoorin/f4-chap-35

2. http://animhosnan.blogspot.com/2011/06/biak-baka-tumbuhan.html

3. https://www.slideshare.net/paihdt/aa203-sains-teknologi

JADUAL TUGASAN AHLI.

NAMA

PENDAHULUAN

ISI 1(S1)

ISI 1(S2)

ISI 2

KESIMPULAN

HAMBALI

 

 

ü 

ü 

ü 

ZULIZZAT

 

ü 

ü 

ü 

 

SAHRIL

ü 

 

ü 

ü 

 

 

 

 

 

Comments